Tuntutan saman pemain Korea Selatan, PAFA rujuk FAM untuk khidmat nasihat

Bernama
Jun 25, 2021 11:53 MYT
Mohammad Yadzan berkata, perbincangan itu akan melibatkan aspek perundangan termasuk dokumentasi yang membabitkan Hyo-Seok. - Gambar fail/Sinar Harian
IPOH: Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) akan berbincang dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berhubung tuntutan saman RM500,000 yang dikemukakan pemain dari Korea Selatan Jeon Hyo-Seok, terhadap badan induk negeri itu.
Pemangku Presiden PAFA Datuk Mohammad Yadzan Mohamad berkata, perbincangan itu akan melibatkan aspek perundangan termasuk dokumentasi yang membabitkan Hyo-Seok.
"Kita akan minta khidmat nasihat daripada FAM dalam masa terdekat ini tentang langkah perundangan dan sebagainya," katanya ketka dihubungi Bernama hari ini.
Dalam satu laporan media tempatan, Hyo-Seok yang menjalani sesi ujian bersama Perak pada Disember 2019 telah menuntut saman berkenaan melalui FIFA, dalam sepucuk surat bertarikh 18 Jun lalu dan surat tuntutan tersebut telah diterima PAFA baru-baru ini.
-- BERNAMA
#FAM #FIFA #Korea Selatan #saman #PAFA #Jeon Hyo-Seok #pemain Korea Selatan
;