Tunggakan gaji Carrillo dibawa ke FIFA

Astro Arena
Mac 15, 2016 14:13 MYT
Carrillo mendakwa telah menghantar dua surat daripada peguamnya kepada KAFA namun tidak menerima maklum balas. - Foto Astro Arena
BEKAS pemain import Kelantan, Erwin Carrillo, telah menyerahkan kes tunggakan gajinya yang berjumlah RM224,000 oleh bekas majikan Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) kepada badan bola sepak dunia FIFA.
Carrillo akui kecewa dengan KAFA ekoran tiadanya sebarang jawapan dari persatuan itu walaupun sudah menghantar surat pemberitahuan menerusi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Pemain berusia 32 tahun itu memaklumkan telah menghantar dua surat oleh peguamnya namun masih tiada sebarang maklum balas.
Setiausaha Agung KAFA, Datuk Ismail Md Noor sebelum ini menegaskan persatuan itu tidak pernah 'melarikan diri' sebaliknya akan menyelesaikan kesemua tunggakan dalam masa terdekat.
Selain Carrillo, KAFA juga masih belum menyelesaikan tunggakan oleh lima pemain tempatan iaitu, Amiridzwan Taj, Mohd Fitri Omar, Amar Rohidan, Fakri Saarani dan Nazri Ahmad.
#Erwin Carrillo #FIFA #KAFA #tunggakan gaji erwin carrillo
;