Tujuh venue Piala Dunia 2022 antara gelanggang Piala Asia 2023

Sinar Harian
Oktober 9, 2023 05:45 MYT
Stadium Al Janoub, Al Wakrah antara venue pusingan akhir Piala Asia 2023. - Foto qatar2022
SEMBILAN stadium termasuk tujuh venue Piala Dunia 2022 sebelum ini akan menjadi gelanggang bagi perlawanan pusingan akhir Piala Asia 2023 di Qatar tahun depan, kata jawatankuasa penganjur pada Isnin.
“Kami menjangkakan bahawa akan ada minat yang besar dalam kejohanan itu, yang akan menyaksikan pemain terbaik dari seluruh Asia bersaing untuk kegemilangan,” kata pengarah eksekutif pemasaran dan komunikasi jawatankuasa tersebut Hassan Al Kuwari.
Temasya bola sepak terbesar benua Asia itu dijadualkan berlangsung dari 12 Januari hingga 20 Februari dengan perlawanan pembukaan dan perlawanan akhir akan diadakan di Stadium Lusail - tempat 88,966 tempat duduk yang menjadi tuan rumah perlawanan akhir Piala Dunia.
Sebanyak 24 pasukan yang mengesahkan kemaraan edisi Qatar 2023 kali ini diundi dalam enam kumpulan.
Tujuh venue Piala Dunia 2022 sebelum ini adalah Stadium Lusail, Al Bayt, Khalifa International, Al Janoub, Ahmad bin Ali, Al Thumama dan Education City manakala dua lagi venue, Stadium Jassim bin Hamad dan Stadium Abdulla bin Khalifa.
Sebagai rekod, tuan rumah Qatar adalah juara bertahan memenangi gelaran pada edisi 2019 dengan rekod tanpa kalah diundi dalam Kumpulan A bersama China, Tajikistan dan Lubnan.
Skuad bola sepak negara Harimau Malaya kendalian Kim Pan-gon pula diundi dalam Kumpulan E bersama Korea Selatan, Jordan dan Bahrain.
Harimau Malaya akan menyingkap kempen berdepan Jordan di Stadium Al Janoub, Al Wakrah pada 15 Januari, diikuti Bahrain di Stadium Jassim bin Hamad, Al Rayyan (20 Januari).
Anak buah Pan-gon akan melabuh tirai peringkat kumpulan berdepan Korea Selatan di Stadium Al Janoub, Al Wakrah pada 25 Januari. - Sinar Harian
#Piala Asia 2023 #stadium #venue Piala Dunia 2022 #Qatar
;