Skuad harimau malaya bakal berdepan tugasan sukar dalam kunjungan ke Tanjin, China untuk aksi persahabatan antarabangsa Kelas A, 10 September ini.

Selain menentang lawan yang lebih kuat, skuad negara juga sedikit tempang ekoran ketiadaan beberapa tonggak utama yang terikat dengan misi lain.

Pemain-pemain terbabit kebanyakannya pemain di posisi pertahanan seperti Fadhli Shas, Junior Edlstal, Zubir Azmi dan K. Reuben.

Mereka mempunyai komitmen dengan skuad Harimau Muda A yang akan membawa cabaran negara dalam saingan Pesta Bola Merdeka dari 7 hingga 14 September ini.

Rajagobal ditemui pada sesi latihan hari pertama skuad senior kebangsaan di Wisma FAM, Kelana Jaya pada Ahad.

Dua daripada 24 pemain yang dipilih tidak menyertai latihan kali ini iaitu Faizal Muhamad dan Hasmizan Kamarodin dari pasukan Terengganu.

Tempat kedua-dua pemain itu digantikan pemain pertahanan Kelantan Farisham Ismail dan Hairul Mokhtar dari pasukan Sarawak.

Perlawanan dengan China amat penting buat skuad negara memperbaiki kedudukan ranking dunia selain persediaan bertemu Bahrain bagi kelayakan Piala Asia, bulan depan.