Tuchel tidak kisah dengan tekanan hebat di PSG

Astro Arena
Oktober 24, 2020 09:59 MYT
Thomas Tuchel, ketua jurulatih PSG. - Gambar fail
THOMAS Tuchel menegaskan bahawa dia tidak kisah mengenai masa depannya di Paris Saint-Germain (PSG) biarpun tekanannya kian memuncak.
Kedudukan Tuchel sebagai ketua jurulatih pasukan gergasi Ligue 1 itu menjadi persoalan selepas tewas 1-2 kepada Manchester United di laman sendiri dalam Liga Juara-Juara Eropah (UCL) Rabu lalu.
Pengendali berbangsa Jerman itu telah memenangi liga dalam kedua-dua musim pertamanya mengemudi PSG selain membawa pasukan itu ke final UCL pertama musim 2019-20 sebelum tewas kepada Bayern Munich.
Tuchel enggan menghiraukan spekulasi mengenai masa depannya dengan berkata dalam sidang media: "Saya tidak melayari internet untuk Google nama saya. Saya tahu betapa sukarnya di sini. Ia tidak mengapa buat saya. Saya tidak menjangkakan perkara lain.
"Saya dapat bayangkan bagaimana ia kelihatan dari luar. Saya boleh bergantung kepada diri dan staf saya, semua yang berada di Ooredoo (pusat latihan PSG) dan hubungan saya dengan pasukan ini.
"Itulah yang akan kami lakukan dan harap-harap ia akan membuahkan hasil. Itulah keperluannya.
"Kami adalah sebahagian daripada kelab ini dan akan meneruskannya," katanya.

Preparing for #PSGDFCO #ICICESTPARIS pic.twitter.com/OoMPICMt0y

— Paris Saint-Germain (@PSG_English) October 22, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Tuchel, yang pasukannya kini berada di tangga kedua Ligue 1, masih mempunyai kontrak bersama PSG hingga penghujung musim ini.
Menjelang pertemuan PSG dengan Dijon awal pagi esok, jurulatih berusia 47 tahun itu berkata bahawa dia tidak gusar seandainya kelab itu enggan melanjutkan kontraknya.
"Situasinya jelas kerana saya masih mempunyai kontrak dan bagi saya, ia menjadikannya sesuatu yang berbeza. Secara peribadi, saya bekerja dengan cara yang sama.
"Situasinya adalah dunia kini semakin rumit dengan virus ini (COVID-19). Amat sukar membuat perancangan untuk seseorang tetapi pada masa sama, amat mustahil sekiranya tidak berkomunikasi.
"Jika kami tidak berbincang mengenai lanjutan kontrak, kami tidak bercakap mengenai penyambungan kontrak, ia bagus. Kami perlu menerima bahawa ia bukan disebabkan kebencian.
"Saya menjalankan tugas bersama staf saya dengan sebaik mungkin.
"Saya akan memberikan segala-galanya untuk menang. Saya bersama pasukan saya dan mahu memenangi segala-galanya, ia amat jelas," tambahnya.
#Thomas Tuchel #PSG #bola sepak #jurulatih #UCL #tewas di laman sendiri #Manchester United #spekulasi #tekanan
;