TRW nafi ketua pasukan Piya meninggal dunia

Nizam Bakeri
Januari 2, 2016 16:54 MYT
Piya (kiri) mengemudi pasukan Kelantan menjuarai Piala Malaysia sebanyak dua kali. - Foto Bernama
Laman Facebook rasmi pasukan bola sepak Kelantan, TRWFC hari ini menyangkal berita kemalangan maut yang melibatkan kapten pasukan, Mohd Badhri Radzi atau lebih dikenali sebagai Piya.
Dalam satu kiriman Facebook, Piya disahkan dalam keadaan sihat dan tidak terlibat dalam mana-mana kemalangan.

Kami di TRWFC menafikan berita mengenai kemalangan ketua pasukan Piya. Berita tersebut adalah PALSU. .Kami sangat...

Posted by TRWFC on
Berita palsu tersebut turut disangkal melalui akaun rasmi Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa yang menyiarkan foto lawatan pegawai media KAFA, Badri Omar ke rumah pemain tengah pasukan itu.

Berita dan gambar Piya kemalangan adalah PALSU..Ini gambar terbaru beberapa minit lalu bersama Wan Badri..Dan...

Posted by Tan Sri Annuar Musa on
Piya dikenali sebagai salah seorang arkitek kebangkitan pasukan Kelantan dalam arena bola sepak.
Antara detik gemilang yang paling dikenang peminat ialah gol jaringan Piya dalam perlawanan akhir Piala Malaysia 2010 yang menyaksikan The Red Warriors membawa pulang piala tersebut ke Kelantan buat kali pertama sejak 89 tahun.
#Badhri Radzi #Kelantan #The Red Warriors #TRW
;