Jaguh berbasikal negara, Mohd Azizulhasni Awang memenangi pingat gangsa dalam acara final keirin Kejohanan Berbasikal Trek Dunia di Berlin, Jerman, pada Khamis.

Beliau yang terkenal dengan nama 'The Pocket Rocketman' berjaya menaiki podium itu, membuktikannya berada di landasan tepat untuk sekurang-kurangnya mengekalkan pingat gangsa yang diraihnya di Olimpik Rio 2016 pada Olimpik Tokyo 2020, Julai depan.

Pingat emas dalam perlumbaan itu diraih pelumba Belanda, Harrie Levreysen yang melintasi garisan penamat dengan catatan masa 9.861 saat manakala pelumba Jepun, Yuta Wakimoto menduduki tempat kedua.

Ini kali ketiga Azizulhasni meraih gangsa dalam acara keirin Kejohanan Dunia, selepas melakukannya di Yvelines (2015) dan London (2016).

Pencapaian terbaik Azizulhasni di kejohanan ini adalah meraih emas di Hong Kong pada 2017.


・・・ Syukur Alhamdulillah . First of all, sebagai rekod, ini adalah pingat ke-6 saya di Kejohanan Dunia. Walaupun saya turun beraksi di Final Keirin harini dengan fokus untuk mendapatkan jersey pelangi, tetapi buat masa ini saya bersyukur dengan pencapaian Gangsa. . Cerita pasal lumba pula, hari ni tiga kali saya dapat draw tempat pertama (paling hadapan) masa perlumbaan bermula. Secara taktikalnya tidak menyebelahi gaya kayuhan saya. Di Final, perancangan awal saya dan pasukan adalah untuk mendapatkan posisi terbaik sebelum pecutan bermula, tetapi semua perlumba menunggu di belakang. Apabila perlumbaan memasuki ke pusingan kedua terakhir, saya cuba memecut kehadapan apabila melihat ada pergerakan dari belakang. Namun saya terkepung dan selepas itu berhimpit pula dengan pelumba dari Britain yang merencatkan kayuhan dan ‘speed’ saya ketika itu. Saya melihat ada dua pelumba telah berada dihadapan dan saya cuba mengejar dan menunggu waktu yang sesuai untuk memotong. Malangnya, saya sekali lagi di himpit pada selekoh terakhir apabila cuba memotong dan saya terpaksa akur dengan pingat gangsa. . Saya dan pasukan masih percaya kami berada di landasan yang betul berdasarkan corak kayuhan dan ‘timing’ ketika perlumbaan hari ini. Sudah tentu masih banyak ‘improvement’ yang kami boleh lakukan dengan baki lebih kurang enam bulan sebelum Tokyo Olimpik bermula. Saya juga percaya ini semua perancangan Allah SWT yang menangguh kemenangan saya disini. Saya bayangkan kalau saya menang harini, tekanan di Olimpik nanti sudah tentu berlipat kali ganda. Saya juga berharap kejayaan kecil saya di bumi Jerman ini, akan menyatu padukan seluruh rakyat Malaysia. Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada seluruh rakyat Malaysia yang sentiasa memberikan sokongan padu kepada saya dan pasukan berbasikal Malaysia. Sokongan dari anda semua amatlah saya hargai. . I love you MALAYSIA. . #azizulchallenge #teamazizul #azizulawang #teamcimb #cimb #forward #airasia #daretodream #allatars #daikin #daikinmy #daikinmalaysia #tumi #tumiglobalcitizens #nike #nikemy #oakley #oakleymy #ogk #ogkkabuto #wattbike

A post shared by Azizul | Awang (@azizulhasniawang) on