Tottenham hilang khidmat Vertonghen

Astro Arena
Oktober 12, 2018 11:39 MYT
Vertonghen mengalami kecederaan hamstring ketika berdepan Huddersfield Town pada 29 September. - Gambar fail
TOTTENHAM mengesahkan pertahanan, Jan Vertonghen, mengalami kecederaan hamstring dan bakal diketepikan hingga Disember.
Pertahanan itu menyertai Dele Alli dan Christian Eriksen di bangku simpanan ketika dikeluarkan padang ketika meraih kemenangan 2-0 ke atas Huddersfield Town pada penghujung bulan lalu.
Kelab menjelaskan Vertonghen tidak akan terlibat dalam perlawanan berdepan Manchester City dan Chelsea, manakala penglibatannya dalam aksi berdepan London pada 1 Disember turut menjadi teka-teki.
"Vertonghen mengalami kecederaan hamstring ketika berdepan Huddersfield Town pada 29 September," menurut kenyataan yang dikeluarkan kelab.
"Dia kini berada dalam proses pemulihan. Pertahanan Belgium itu meneruskan usaha untuk kembali berlatih pada Disember."
#bangku simpanan #Belgium #Huddersfield Town #Jan Vertonghen #kecederaan #Tottenham Hotspur FC
;