Tottenham benam Arsenal 2-0
Bernama
Disember 7, 2020 11:56 MYT
Disember 7, 2020 11:56 MYT
ISTANBUL: Tottenham Hotspur mengalahkan Arsenal 2-0 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris pada Ahad, lapor Agensi Anadolu.
Tottenham memecah kebuntuan pada minit ke-13 apabila penyerang Korea Selatan, Son Heung-min membolosi gawang lawan dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Tottenham Hotspur, di utara London.
Penyerang Harry Hane menambah jaringan pada minit ke-45 bagi memastikan kelabnya mendahului dengan selesa.
Tottenham Hotspur kekal di puncak liga dengan 24 mata, sementara Arsenal turun ke tangga ke-15 dengan 13 mata.
-- BERNAMA