ISTANBUL:Tottenham Hotspur mengalahkan Arsenal 2-0 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris pada Ahad, lapor Agensi Anadolu.

Tottenham memecah kebuntuan pada minit ke-13 apabila penyerang Korea Selatan, Son Heung-min membolosi gawang lawan dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Tottenham Hotspur, di utara London.

Penyerang Harry Hane menambah jaringan  pada minit ke-45 bagi memastikan kelabnya mendahului dengan selesa. 

Tottenham Hotspur kekal di puncak liga dengan 24 mata, sementara Arsenal turun ke tangga ke-15 dengan 13 mata. 

-- BERNAMA