Tottenham bangkit lebih padu di Bournemouth

Sinar Harian
Oktober 29, 2022 06:14 MYT
Ben Davies (kanan) dan Rodrigo Bentancur (kiri) meraikan kejayaan menjaringkan gol kedua pasukan mereka ketika perlawanan EPL antara Bournemouth dan Tottenham Hotspur di Stadium Vitality, Bournemouth, England, 29 Okt 2022. (Foto AP)
TOTTENHAM Hotspur meraih kemenangan menakjubkan 3-2 di Bournemouth apabila bangkit dari ketinggalan dua gol apabila Rodrigo Bentancur menghadiahkan tiga mata penting buat kelab London tersebut pada Sabtu.
Skuad Antonio Conte hampir menyaksikan kekalahan ketiga berturut-turut dalam Liga Perdana Inggeris selepas dua gol Kieffer Moore (22’) dan (49').
Tampil ke Stadium Vitality dengan merehatkan beberapa tonggak utama menjelang aksi Liga Juara-Juara berdepan Marseille minggu depan, Bournemouth mengambil kesempatan sepenuhnya sepanjang 49 minit pertama.
Namun tiga gol yang hadir menerusi Ryan Sessegnon (57’), Ben Davies (73’) dan Bentancur (92’) membolehkan Tottenham melakar kemenangan kelapan selepas mengharungi 13 perlawanan.
Keputusan itu menyaksikan Tottenham kekal di tempat ketiga dengan 26 mata daripada 13 perlawanan dengan Bournemouth dengan 13 mata. - Sinar Harian
#Tottenham Hotspur #EPL #Bournemouth #Rodrigo Bentancur
;