Tony Pulis dipecat
Ian Johan Ariff
November 20, 2017 18:49 MYT
November 20, 2017 18:49 MYT
TONY Pulis dipecat sebagai pengurus West Bromwich Albion selepas pasukan itu tumpas 4-0 kepada Chelsea di laman sendiri Sabtu lalu.
Kekalahan itu menyebabkan West Brom semakin hampir memasuki zon penyingkiran liga perdana Inggeris (Premier League) dengan hanya satu mata di depan West Ham.
The Baggies juga gagal mencatat sebarang kemenangan sejak 22 Ogos selepas menewaskan pasukan kerdil, Accrington 3-1 dalam Piala Carabao.
West Brom akan menentang Tottenham di Wembley pada Sabtu.
Pulis yang mengambil alih tugas sebagai pengurus West Brom pada Januari 2015 sebelum ini mengendali Stoke City dan Crystal Palace.
#Accrington
#Chelsea
#EPL
#Liga Perdana Inggeris
#Piala Carabao
#The Baggies
#Tony Pulis
#Tottenham
#Wembley
#West Brom
#West Bromwich Albion