Tonton kandungan Piala Dunia FIFA 2018 Rusia di Twitter bersama Astro
Malik Ridhwan
Jun 2, 2018 09:56 MYT
Jun 2, 2018 09:56 MYT
Menjelang Piala Dunia FIFA 2018 Rusia, Astro dan Twitter mengumumkan kerjasama menerusi penyediaan kandungan sukan bola sepak di media sosial.
Melalui kerjasama tersebut, peminat berpeluang menyertai perbualan mengenai detik-detik setiap perlawanan dengan mengikuti @stadiumastro di Twitter.
Bagi merancakkan perbualan di kalangan peminat, Astro akan turut menyediakan kandungan klip perlawanan secara 'near live' di laman Twitter tersebut.
Peminat bola sepak global boleh mendapatkan info seperti maklumat gol setiap perlawanan, rakaman ulangan gol terbaik harian dari setiap sudut, rangkuman detik-detik menarik serta koleksi klip video pemain terbaik perlawanan.
Menurut Ketua Perkongsian Sukan Asia Tenggara Twitter, Maurizio Barbieri, pihaknya teruja untuk bekerjasama dengan Astro bagi membawa kandungan Piala Dunia eksklusif, seperti analisis pakar dan sorotan video di platform Twitter, bersama-sama perbualan dan tweet masa sebenar (real-time).
"Rakyat Malaysia minat dengan bola sepak, dan peminat mesti terus ke Astro dan Twitter untuk melihat dan membincangkan segala yang berlaku semasa perlawanan berlangsung,” katanya.
Dalam pada itu, Astro berharap dapat mencetuskan perbualan yang meriah dan menarik di kalangan netizen Malaysia, khususnya mengenai momen Piala Dunia kegemaran mereka dengan klip ‘near live’ di @stadiumastro, kata Ketua Sukan Astro, CK Lee.
Astro merupakan penyiar rasmi Piala Dunia FIFA 2018 Rusia di Malaysia.
Kerjasama ini merupakan rangkaian kepada kolaborasi sedia ada antara Astro dan Twitter yang termasuk EPL, F1, MotoGP, PGA dan Asian Tour, dan Grand Slam Tennis.
Jadi, ikuti @stadiumastro di Twitter untuk pengalaman paling digital Piala Dunia.
#2018 FIFA World Cup Russia
#Astro
#FIFA
#FIFA World Cup
#Piala Dunia
#Rusia
#stadium astro
#Twitter