Tonton ePremier League secara langsung di Astro!

Ian Johan Ariff
April 20, 2020 19:00 MYT
Kejohanan Jemputan ePremier League akan bermula 21 April ini di Astro Supersport.
KEJOHANAN Jemputan ePremier League secara langsung akan menghiburkan peminat bola sepak di Astro Supersport.
Kejohanan sukan elektronik FIFA 2020 dianjurkan hasil inisiatif kolektif pemain-pemain Premier League, #PlayersTogether untuk mengumpul dana kepada Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS).
Antara pemain yang akan beraksi adalah Trent Alexander-Arnold (Liverpool), Raheem Sterling (Manchester City), Wilfried Zaha (Crystal Palace), John McGinn (Aston Villa), Lys Mousset (Sheffield United) dan Diogo Jota (Wolverhampton Wanderers).
ePremier League akan disiarkan secara langsung di Astro Supersport 2 (saluran 812 HD, 832) dan Astro GO bermula 21 April sehingga 25 April.
Berikut adalah jadual perlawanan:
21 Apr 1900 – ePremier League Invitational Hari 1 (sec 1) LIVE
21 Apr 2300 – ePremier League Invitational Hari 1 (sec 2) LIVE
22 Apr 1900 – ePremier League Invitational Hari 2 (sec 1) LIVE
22 Apr 2300 – ePremier League Invitational Hari 2 (sec 2) LIVE
23 Apr 1900 – ePremier League Invitational Hari 3 (sec 1) LIVE
23 Apr 2300 – ePremier League Invitational Hari 3 (sec 2) LIVE
24 Apr 1900 – ePremier League Invitational Hari 4 (sec 1) LIVE
24 Apr 2300 – ePremier League Invitational Hari 4 (sec 2) LIVE
25 Apr 2200 – ePremier League Invitational Separuh Akhir & Final LIVE
#Alexander-Arnold #Astro GO #Astro Supersport 2 #ePremier League #John McGinn #Liga Perdana Inggeris #Liverpool #Manchester City #NHS #Players Together #Raheem Sterling
;