Tokyo 2020: Tidak mustahil Sukan Olimpik dibatalkan saat akhir kerana COVID-19 - Penganjur
Astro Arena
Julai 21, 2021 09:51 MYT
Julai 21, 2021 09:51 MYT
KETUA Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Tokyo, Toshiro Muto, tidak menolak temasya itu mungkin dibatalkan pada saat-saat akhir seandainya kes koronavirus terus meningkat.
Pihak penganjur itu mengumumkan terdapat pertambahan sembilan kes positif membabitkan temasya itu semalam (Selasa), sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan yang dijangkiti kini meningkat kepada 71 individu.
Ia termasuk dua pemain bola sepak Afrika Selatan, Thabiso Monyane dan Kamohelo Mahlatsi, yang diuji positif ketika berada di perkampungan sukan hujung minggu lalu.
Sejumlah atlet turut terpaksa diasingkan selepas menjadi kontak rapat kepada individu yang dijangkiti virus berkenaan.
Dua hari menjelang majlis pembukaan temasya terbesar dunia itu, pengarah besar, Muto, akan terus memantau perkembangan tahap jangkitan itu dan berharap ia tidak akan merebak sehingga tidak dapat dikawal.
"Kita tidak dapat meramal apa yang akan berlaku dengan jumlah kes koronavirus ini, jadi kami akan terus berbincang jika terdapat peningkatan kes," katanya dalam sidang media.
"Kami telah bersetuju berdasarkan situasi koronavirus ini, kami akan mengadakan perbincangan bersama lima pihak sekali lagi.
"Pada tahap ini, kes koronavirus mungkin melonjak atau menurun, jadi kami akan memikirkan apa yang patut kami lakukan apabila situasi itu tiba," katanya.
#Toshiro Muto
#penganjur
#Sukan Olimpik Tokyo
#batal
#kes positif
#Olimpik
#COVID-19
#sukan
#jangkitan
#koronavirus
#bola sepak
#Tokyo
#Afrika Selatan
#kontak rapat
#atlet
#Tokyo 2020