Tokyo 2020: Tertutupnya peluang Barty raih pingat Olimpik

Astro Arena
Julai 30, 2021 06:42 MYT
Mereka akan bertemu wakil Serbia, Novak Djokovic dan Nina Stojanovic buat peluang terakhir menaiki podium. - Stadium Astro
TOKYO: Ash Barty mengakui kekalahan dalam acara tenis beregu campuran Sukan Olimpik Tokyo merupakan sesuatu yang sukar diterima.
Pemain nombor satu dunia itu menyaksikan harapan untuk meraih pingat emas untuk dalam Tokyo 2020 berakhir semalam.
Barty dan rakan sepasukan, John Peers, memenangi set pertama bertemu wakil Majlis Olimpik Russia (ROC), Andrey Rublev dan Anastasia Pavlyuchenkova.
Namun Rublev-Pavlyuchenkova bangkit untuk menang 5-7, 6-4, 13-11 untuk mara ke final.
Dengan Barty sudah tersingkir daripada acara perseorangan dan beregu wanita, harapan terbaiknya kini adalah pingat gangsa bersama-sama Peers.
Mereka akan bertemu wakil Serbia, Novak Djokovic dan Nina Stojanovic buat peluang terakhir menaiki podium.
"Sukar untuk menerima kekalahan ini," katanya.
"Kami meletakkan diri kami dalam kedudukan yang tidak mampu mempertahankan kelebihan kami. Agak mengecewakan."
#Tokyo 2020 #Olimpik Tokyo #beregu campuran #tenis
;