Tokyo 2020: Temu bual eksklusif bersama Aaron-Wooi Yik di Astro ARENA esok

Astro Awani
Julai 31, 2021 23:26 MYT
Aaron-Wooi Yik berjaya meraih pingat gangsa pertama buat kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Tokyo 2020. - Gambar/ Astro ARENA
KUALA LUMPUR: Susulan kejayaan meraih pingat gangsa di Sukan Olimpik Tokyo, Astro ARENA akan menyiarkan satu temu bual khas bersama pasangan beregu lelaki badminton negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik esok (Ahad).
Temu bual eksklusif dari Tokyo itu akan disiarkan di saluran 801 Astro ARENA pukul 11.30 pagi.
Aaron-Wooi Yik berjaya meraih pingat gangsa pertama buat kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 selepas menewaskan jaguh Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan di Musashino Forest Sports Plaza pada Sabtu.
Harapan membawa pulang pingat gangsa ini menjadi kenyataan apabila Aaron-Soh Wooi menyingkirkan pasangan Indonesia itu dengan kutipan mata 17-21, 21-17 dan 21-14.
Ini kali kedua gandingan negara mengalahkan pasangan itu yang juga beregu nombor dua dunia dalam temasya Olimpik kali ini selepas pertemuan di peringkat suku akhir Khamis lalu.
#Tokyo 2020 #Olimpik Tokyo #olimpik 2020 #Aaron Chia #Soh Wooi Yik #badminton #pingat gangsa #Malaysia #temu bual eksklusif #Astro Arena
;