Tokyo 2020: Teknologi pantau tahap tekanan pemanah wanita no.1 dunia
Astro Arena
Julai 18, 2021 06:43 MYT
Julai 18, 2021 06:43 MYT
PEMANAH wanita nombor satu dunia, Deepika Kumari, menjadi peneraju kepada teknologi baju yang akan dipersembahkan kepada penonton Sukan Olimpik Tokyo yang akan bermula Jumaat ini.
Pemenang tiga peringkat Piala Dunia dari India yang menjadi taruhan pingat emas itu akan membuat kemunculan ketiga temasya selepas dua kali gagal menangani gemuruh ketika London 2012 dan Rio 2016.
Justeru, baju itu direka untuk menyalurkan maklumat tekanan darah termasuk denyutan nadinya sepanjang pertandingan kepada penonton di televisyen -- tiada penyokong dibenarkan sepanjang kempen kali ini.
Ia sudah diuji namun badan Memanah Dunia belum mahu mendedahkannya kepada umum.
Setiap pemanah Sukan Olimpik 2020 akan membidik sasaran masing bermula di peringkat awal lagi dalam usaha penganjur menangani penularan COVID-19.
Dalam masa sama, Perkampungan Sukan semalam digoncangkan dengan berita jangkitan pandemik itu walaupun saringan ketat kemasukan atlet sebaik tiba di Jepun.
Dua pemain bola sepak, Monyane dan Kamohelo Mahlatsi, antara 10 kes yang dilaporkan semalam termasuk jurulatih ragbi 7's, Neil Powell, yang disahkan positif.
#tokyo2020
#pemanah
#Deepika Kumari
#Olimpik Tokyo
#baju
#tekanan darah
#denyutan nadi
#Olimpik
#pandemik
#COVID-19