Tokyo 2020: Simone Biles akan kembali beraksi dalam final batang titian
Astro Arena
Ogos 2, 2021 18:40 MYT
Ogos 2, 2021 18:40 MYT
BINTANG gimnastik Amerika Syarikat (AS), Simone Biles, akan kembali beraksi dalam Sukan Olimpik Tokyo apabila disenaraikan dalam barisan peserta acara final batang titian esok.
Biles menarik diri daripada empat acara individu yang layak disertainya selepas berhenti daripada beraksi dalam acara berkumpulan sebelum ini.
Bintang besar gimnastik itu, yang memenangi empat pingat emas dalam edisi di Rio pada 2016, berkata bahawa dia perlu menumpukan kepada kesihatan mentalnya dan memilih untuk tidak beraksi dalam final acara individu all-around, melombol, palang tidak sejajar dan senaman lantai.
USA Gymnastics dalam satu kenyataan semalam berkata: "Simone telah menarik diri daripada final acara senaman lantai dan akan membuat keputusan sama ada akan menyertai acara batang titian minggu ini tau tidak. Apapun, kami semua berada di belakang anda Simone."
Bagaimanapun, pasukan itu menciap pengesahan ringkas dalam Twitter hari ini.
"Kami teruja untuk mengesahkan bahawa anda akan melihat dua wakil AS dalam final acara batang titian esok -- Suni Lee dan Simone Biles!! Tidak sabar untuk melihat anda berdua beraksi!"
#Tokyo 2020
#Olimpik Tokyo 2020
#Olimpik Tokyo
#Simone Biles
#Sunisa Lee
#gimnastik
#Twitter
#Amerika Syarikat