Tokyo 2020: Shah Firdaus dikejarkan ke hospital, berkemungkinan patah rusuk

Fareez Azman
Ogos 7, 2021 17:25 MYT
Shah Firdaus dikejarkan ke hospital selepas mengalami kecederaan di rusuk akibat kemalangan. - Gambar/ Bazly Azmi / Astro Arena
KUALA LUMPUR: Selepas berjaya melayakkan diri ke suku akhir acara Keirin, jaguh trek berbasikal negara, Shah Firdaus Sahrom bagaimanapun terpaksa dikejarkan ke hospital kerana mengalami kecederaan pada rusuk.
Kecederaan itu berpunca daripada kemalangan dialaminya dalam pusingan saringan acara berkenaan di Velodrom Izu petang Sabtu.
Menurut kemas kini di laman Facebook Team Malaysia, Anggota Pengurusan Eksekutif Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI), Datuk Amarjit Singh, yang juga Naib Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), berkata Shah Firdaus mungkin mengalami patah tulang rusuk.
Beliau juga dilaporkan berkata, pasukan perubatan penganjur Sukan Olimpik Tokyo 2020 mendapati tahap oksigen pelumba berusia 25 tahun itu rendah.
"Setelah terbabit dalam kemalangan semasa perlumbaan saringan, Shah Firdaus mengadu sakit di bahagian tulang rusuk kiri, namun beliau mahu juga berlumba di pusingan repechages," katanya ketika dihubungi Bernama.
Sumber Facebook TeamMalaysia

At Medical Tent to see @shahfirdaus95 with suspected rib fracture due to crash at Keirin First Round. He is rushed to Hospital for investigation. He is upset but I together with TS @NorzaZakaria told him that his health is paramount. Hope he gets well and will keep all updated. pic.twitter.com/fuQk9HaAUr

— Dato' Amarjit Singh Gill (@AmarjitSG) August 7, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Even though he was in pain, he wanted his bicycle to cool down. And yet he raced during Repechage with a broken Rib !! So much of determination. @KBSMalaysia @TeamMsia @shahfirdaus95 pic.twitter.com/XsDQVGBKO4

— Dato' Amarjit Singh Gill (@AmarjitSG) August 7, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Menurut kemas kini di laman Twitternya pula, Amarjit berkata, Shah Firdaus agak kecewa dengan kecederaan itu namun ditenangkan oleh pasukan yang memintanya mengutamakan kesihatan dan keselamatan.
Katanya, beliau juga kagum dengan semangat ditunjukkan Shah Firdaus yang tetap berlumba dengan baik walaupun terpaksa menanggung kesakitan akibat kecederaan berkenaan.
Sementara itu, menurut wartawan Astro Arena, Bazly Azmi ketika dihubungi, memaklumkan Shah Firdaus dibawa oleh petugas paramedik ke Hospital Universiti Juntendo, Shizouka.
Terdahulu, Shah Firdaus berdepan kemalangan selepas berlaku himpitan pelumba Great Britain, Jack Carlin mengakibatkan perlumbaan semula tidak dapat diteruskan.
Bagaimanapun kecederaan bukan penghalang untuk kekal dengan aksi bertenaga apabila pelumba kelahiran Muar itu memilih menyertai pusingan repechage bagi merebut tempat ke suku akhir.
Kecederaan yang dialami Shah Firdaus di bahagian rusuk tidak menghentikan perjuangan atau mengganggu prestasinya.
Aksi penuh mendebarkan apabila dia sekali lagi hampir terjatuh namun henjutan terakhir yang menyaksikan dia mengenepikan kesakitan berjaya membawanya berada di kedudukan kedua sekali gus menempah tempat di suku akhir.
Shah Firdaus bersama Datuk Azizulhasni Awang dijadualkan berentap di peringkat suku akhir pada Ahad dalam usaha memburu pingat emas pertama buat negara.
#Tokyo 2020 #Olimpik Tokyo #olimpik 2020 #Shah Firdaus #keirin #shah firdaus terjatuh #cedera #patah rusuk kiri #Hospital
;