Tokyo 2020: Selamat pulang Nur Dhabitah

Bernama
Ogos 3, 2021 14:23 MYT
Nur Dhabitah bersama beberapa atlet lain tiba di KLIA pukul 5.45 petang tadi. - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Atlet terjun wanita negara Nur Dhabitah Sabri yang meraih pencapaian terbaiknya di Sukan Olimpik Tokyo 2020 selamat tiba di tanah air, petang ini.
Penerjun berusia 22 tahun itu bersama seorang lagi atlet terjun Wendy Ng Yan Yee serta dua pelayar Khairulnizam Mohd Afendy dan Nur Shazrin Mohd Latif tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pukul 5.45 petang menerusi pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH9117.
Menurut kenyataan Kementerian Belia dan Sukan (KBS), ketibaan keempat-empat atlet negara itu bersama dua orang jurulatih disambut oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.
Olimpik Tokyo 2020 | Tangisan kepuasan Nur Dhabitah
BACA: Tokyo 2020: Tidak bawa pulang pingat, senyuman Nur Dhabitah paling 'win'
BACA: Tokyo 2020: "Senyuman awak ada orang jaga?" Jawapan Nur Dhabitah buat ramai terkejut
"Wan Ahmad Fayhsal terdahulu menyatakan selaku Timbalan Menteri Belia dan Sukan beliau amat berpuas hati dengan pencapaian yang ditunjukkan oleh atlet negara dan beliau amat yakin kejayaan akan dapat dicapai pada kejohanan pada masa akan datang iaitu di kejohanan Olimpik Paris 2024," menurut kenyataan itu.
Menurutnya Wan Ahmad Fayhsal turut optimis atlet negara seperti Nur Dhabitah masih mempunyai peluang yang cerah dalam mencapai kejayaan pada kejohanan peringkat antarabangsa khususnya pada Sukan Olimpik edisi Paris 2024.
Naib Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Mohamad Noor Abdul Rahim dan Timbalan Ketua Pengarah (Strategik) Majlis Sukan Negara (MSN) Suhardi Alias, turut hadir menyambut kepulangan barisan atlet negara itu.
-- BERNAMA
#Tokyo 2020 #Olimpik Tokyo #olimpik 2020 #Nur Dhabitah #selamat pulang #ketibaan #KLIA #wira negara #terjun #senyuman