Tokyo 2020: Pemain tenis Jerman, Alexander Zverev menang emas persorangan lelaki

Bernama
Ogos 1, 2021 22:55 MYT
Pilihan keempat itu sebelum ini menewaskan pemain nombor satu dunia Novak Djokovic di peringkat separuh akhir. - Gambar fail/ Reuters
TOKYO: Alexander Zverev dari Jerman meraih pingat emas dalam acara tenis perseorangan lelaki dengan kemenangan 'straight-set' 6-3, 6-1 ke atas Karen Khachanov dari Jawatankuasa Olimpik Rusia (ROC) di Sukan Olimpik Tokyo pada Ahad.
Pilihan keempat itu sebelum ini menewaskan pemain nombor satu dunia Novak Djokovic di peringkat separuh akhir, lapor Xinhua.
Sementara itu Djokovic gagal merangkul gangsa selepas ditundukkan pemain Sepanyol, Pablo Carreno Busta dalam tiga set 4-6, 7-6, 3-6.
#Tokyo 2020 #Olimpik Tokyo #olimpik 2020 #tenis #Jerman #Alexander Zverev #ROC
;