Tokyo 2020: Pasukan badminton hadapi cabaran ke venue
Astro Arena
Julai 20, 2021 08:57 MYT
Julai 20, 2021 08:57 MYT
SEJAM perjalanan dari Perkampungan Sukan, Sukan Olimpik Tokyo 2020 ke venue menjadi cabaran awal buat skuad badminton negara pada hari pertama latihan rasmi pada Isnin.
"Latihan pertama pada hari ini berjalan lancar cuma perjalanan memakan masa hampir sejam.
"Ia agak mencabar buat kami sebab ambil masa panjang untuk ke gelanggang.
"Kami perlu pandai-pandai sendiri atur masa," kata prospek pingat Sukan Olimpik Malaysia dan perseorangan lelaki negara, Lee Zii Zia, dalam Nadi Arena malam tadi.
Skuad negara difahamkan sudah menguji gelanggang rasmi saingan di Plaza Sukan Musashino Forest.
Selain soal perjalanan ke venue, pemikiran pemain badminton negara yang sudah berkampung di Jepun adalah bahaya COVID-19 sebelum mereka berkesempatan untuk turun bertanding.
Ia susulan sudah ada kes positif pandemik itu dalam kalangan atlet Afrika Selatan di Perkampungan Sukan.
"Ada tempat yang kami tidak boleh elak, contohnya ke stesen bas dan dewan makan.
"Jadi kami perlu jaga diri sendiri."
#badminton
#Tokyo
#COVID-19
#pandemik
#kes positif
#Olimpik
#bas
#sukan
#Jepun
#Plaza Sukan Musashino Forest
#gelanggang