Tokyo 2020: Pandelela beraksi pada separuh akhir 10m platform individu wanita
Astro Awani
Ogos 5, 2021 08:57 MYT
Ogos 5, 2021 08:57 MYT
TOKYO: Ratu terjun negara, Pandelela Rinong sedang beraksi pada peringkat separuh akhir 10 meter (m) platform individu wanita Sukan Olimpik Tokyo sekarang.
Beliau yang juga merupakan atlet kelahiran Sarawak berjaya menduduki tangga ke-18 dalam acara itu yang diadakan di Tokyo Aquatics semalam.
Pandelela berjaya meraih kutipan mata 284.90 dalam saingan terakhir pada Rabu sebelum melangkah untuk cabaran seterusnya hari ini.
Bagaimanapun, bagi penerjun negara, Cheong Jun Hoong yang bersaing dalam acara yang sama terpaksa akur apabila menamatkan cabaran di tempat ke-26 dengan kutipan 251.80 mata.
Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican semalam meminta rakyat Malaysia agar mendoakan kejayaan ratu terjun negara, Pandelela Rinong yang beraksi pada peringkat separuh akhir 10 meter (m) platform individu wanita Sukan Olimpik Tokyo pada Khamis.
Reezal Merican yang bersyukur atas pencapaian Pandelela melayakkan diri ke separuh akhir selepas menghuni tangga ke-18 dalam pusingan awal berharap agar atlet dari Sarawak itu juga mampu membuat kemunculan di akhir juga akan berlangsung hari ini.
"Doakan terbaik agar Pandelela dapat capai keputusan terbaik untuk negara esok (hari ini)," katanya dalam satu video dikongsi kepada media.
Tonton aksi Pandelela secara langsung dari Tokyo di saluran 786 dan 801 Astro Arena.
#Pandelela Rinong
#tokyo2020
#separuh akhir 10 meter
#platform individu wanita
#Sukan Olimpik Tokyo
#Reezal Merican
#Cheong Jun Hoong
#Olimpik
#rakyat Malaysia