Tokyo 2020: Mei Kuan-Meng Yean gagal atasi beregu Indonesia

Astro Arena
Julai 24, 2021 10:17 MYT
Kekalahan ini menyaksikan mereka perlu mengatasi pilihan utama dari Jepun, Sayaka Hirota-Yuki Fukuhisma. - Foto Stadium Astro
KONTINJEN Malaysia dalam Sukan Olimpik Tokyo bermula dengan langkah kiri selepas beregu wanita negara, Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean, tewas 14-21, 17-21 kepada Greysia Polli-Apriyani Rahayu dari Indonesia.
Dalam perlawanan yang berlangsung selama 47 minit, wakil Indonesia itu menampilkan permainan cemerlang hingga memaksa beregu negara itu kerap melakukan kesilapan.
Aksi cemerlang ditampilkan Apriyani gagal diserap Mei Kuan-Meng Yean, serangan demi serangan menyaksikan Malaysia gagal mencari jalan untuk memenangi sebarang set sebelum tewas dalam perlawanan pertama.
Kekalahan ini menyaksikan mereka perlu mengatasi pilihan utama dari Jepun, Sayaka Hirota-Yuki Fukuhisma dan beregu dari Great Britain, Chloe Birch-Lauren Smith, bagi meraih peluang untuk ke suku akhir.
#badminton #Tokyo 2020 #Olimpik #Indonesia #Malaysia #Chow Mei Kuan #Lee Meng Yean
;