Tokyo 2020: Lawan alami kecederaan, Soniia raih kemenangan pertama

Astro Arena
Julai 27, 2021 13:42 MYT
Soniia (gambar) perlu menampilkan permainan terbaik dalam kariernya untuk mengatasi bekas juara dunia, Ratchanok. - Foto Astro ARENA
Soniia Cheah meraih kemenangan pertama dalam Sukan Olimpik tanpa turun ke gelanggang hari ini selepas lawannya, Laura Sarosi, mengalami kecederaan.
Soniia dijadualkan bertemu wakil Hungary jam 1 petang waktu tempatan, tetapi kecederaan Sarosi bermakna dia akan bertemu wakil Thailand, Ratchanok Intanon, dalam pertemuan penting esok.
Ratchanok telah mengatasi Sarosi Ahad lalu untuk memulakan penampilan ketiga Sukan Olimpik dengan kemenangan.
Pemain ke-35 dunia, Soniia, perlu menampilkan permainan terbaik dalam kariernya untuk mengatasi bekas juara dunia itu, lawan yang dia gagal atasi selepas empat pertemuan sebelum ini.
#Soniia Cheah #Sukan Olimpik Tokyo #kemenangan pertama #cedera #Laura Sarosi #Ratchanok Intanon
;