Tokyo 2020: Kuda sakit gigi, ekuestrian Austria terpaksa tarik diri

Astro Arena
Julai 25, 2021 08:20 MYT
Pemeriksaan kesihatan dan imbasan-x pada kuda berkenaan mendedahkan jangkitan pada gigi. - Stadium Astro
ATLET ekuestrian bagi acara dressage menarik diri selepas kuda tunggangannya mengalami sakit gigi.
Olimpian Austria, Victoria Max-Theurer, menamatkan saingan Sukan Olimpik Tokyo sebelum saingannya dimulakan dan faktor penarikan dirinya sesuatu sukar untuk diterima - kuda tunggangannya mengalami sakit gigi.
Max-Theurer telah memperhatikan bahawa kudanya berusia 11 tahun, Abegglen NRW, berkelakuan aneh dalam latihan.
Ketika Majlis Pembukaan Olimpik dirasmikan Jumaat lalu, pemeriksaan kesihatan dan imbasan-x mendedahkan jangkitan pada gigi.
"Kesejahteraan kuda saya selalu berada di atas segalanya bagi saya," kata Max-Theuer kepada Dressage News.
"Ini sangat menyakitkan, tetapi yang paling penting adalah dan kekal kesihatan kuda saya."
Max-Theuer melakukan penampilan dalam Sukan Olimpik di Athens 2004. Tokyo bakal menjadi penampilan kelimanya.
Ibunya, Sissy Max-Theuer, memenangi pingat emas dalam dressage pada Sukan Olimpik 1980 di Moscow.
#Tokyo 2020 #Olimpik #kuda #ekuestrian #tarik diri #austria
;