Tokyo 2020: Jurulatih sasar Nur Suryani pecah rekod kebangsaan sendiri demi peluang ke final
Astro Arena
Julai 30, 2021 04:00 MYT
Julai 30, 2021 04:00 MYT
PENEMBAK negara, Nur Suryani Mohamed Taibi, tidak terjejas dengan larangan berlatih selama tujuh hari sebaik kembali ke Asaka Shooting Range dengan bidikan tepat, pada Khamis.
Jurulatih negara, Yusri Jusoh, berpandangan anak buahnya itu perlu memecah rekod kebangsaan sendiri iaitu 1,172 mata sekiranya mahu mencerahkan peluangnya ke final acara 50 meter rifle 3 posisi, Ahad ini.
"Selepas lapan hari menjalani di sini, tembakannya semakin baik dan tepat.
"Dia pun mula dapat menyesuaikan diri," katanya di Perkampungan Sukan.
Situasi itu berlaku selepas peserta Sukan Olimpik 2012 itu tidak dapat turun berlatih dalam tempoh tujuh hari sepanjang tiba di Jepun.
"Ia tidak memberi kesan sangat terhadap persembahannya kerana dia ada aktiviti yang berterusan.
"Saya lihat prestasi kedudukan semua peserta adalah hampir sama rata, Nur Suryani perlu menyasarkan 1,175 mata untuk ke final," katanya lagi.
#Tokyo 2020
#Olimpik Tokyo
#olimpik 2020
#penembak negara
#Nur Suryani Mohamed Taibi
#menembak
#jurulatih
#sasaran
#rekod kebangsaan