Tokyo 2020: Doa, kata-kata semangat iringi aksi Dhabitah Sabri petang ini
Astro Awani
Ogos 1, 2021 11:51 MYT
Ogos 1, 2021 11:51 MYT
KUALA LUMPUR: Selepas beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, membawa senyuman dan kebanggaan dengan kalungan pingat pertama dari Olimpik Tokyo, rakyat Malaysia kini menanti dengan penuh debaran aksi daripada beberapa lagi prospek pingat.
Antara yang menjadi tumpuan hari ini pastinya penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri, yang akan beraksi dalam final acara 3 meter papan anjal wanita, jam 2 petang ini.
Atlet berusia 22 tahun ini sememangnya disenangi ramai bukan sahaja kerana potensinya tetapi juga wajahnya yang tidak lekang dengan senyuman.
Di laman sosial, ramai yang tidak sabar menantikan aksi Dhabitah dan mendoakannya dapat membawa pulang pingat untuk negara.
Rata-ratanya mahu Dhabitah 'enjoy' dan melakukan yang terbaik, dan percaya soal menang kalah berbalik kepada rezeki.
Biarpun bukan prospek utama pingat dalam Olimpik kali ini, namun dengan aksi cemerlang yang pernah dipamerkan dalam Siri Terjun Dunia 2019 di London, tidak mustahil Dhabitah mampu mencipta kejutan.
Selamat berjaya, Dhabitah!