Tokyo 2020: Biles berdepan isu 'tekanan dalaman' ketika tarik diri
Astro Arena
Julai 28, 2021 08:20 MYT
Julai 28, 2021 08:20 MYT
SIMONE Biles "menangani masalah secara dalaman" setelah dia menarik diri daripada final berpasukan wanita di Tokyo 2020 setelah tamat satu rotasi.
Biles mengesahkan dia menarik diri dengan 'masalah perubatan' berikutan persembahan yang kurang cemerlang dalam melombol.
Biles meraih mata terendah dalam rotasi pertama sebelum menarik diri, dengan NBC melaporkan dia berdepan 'tekanan daripada segi mental', menurut komen dari jurulatih Amerika Syarikat.
AS gagal mempertahankan emas dan meraih perak, tewas kepada Majlis Olimpik Russia (ROC) dengan Great Britain meraih gangsa.
Tetapi mereka berpuas hati dengan ketahanan yang mereka tunjukkan dalam menghadapi kesulitan, Biles memberitahu dia akan kembali ke final All Round wanita Khamis ini.
Pemenang enam pingat Olimpik itu berkata kepada BBC Sport, "Saya baik-baik saja, hanya berdepan dengan perkara dalaman yang akan diperbaiki dalam beberapa hari akan datang.
"Ini menjadikan kami lebih kuat [sebagai satu pasukan]."
Ditanya adakah dia akan kembali pada hari Khamis, Biles menjawab, "Ya."
Biles adalah juara bertahan di Rio 2016, di mana dia juga memenangi emas melombol dan senaman lantai.