Tokyo 2020: 'Basah ketiak' - Akhirnya Chong Wei rasa apa rakyat Malaysia rasa

Asyraf Roslan
Julai 31, 2021 22:22 MYT
Aaron-Soh Wooi menyingkirkan pasangan Indonesia itu dengan kutipan mata 17-21, 21-17 dan 21-14. - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Sebelum ini rakyat Malaysia pasti tidak sabar menyaksikan persembahan legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei, setiap kali beliau muncul di perlawanan penting kejohanan besar dunia.
Ada yang teruja, ada yang menjerit malah ada juga yang menangis setiap kali melihat bintang itu berjaya membawa pulang kejayaan untuk negara tercinta.
Kali ini, perasaan itu dirasai sendiri jaguh badminton itu apabila menyaksikan beregu lelaki badminton negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, bersaing untuk merebut pingat gangsa menentang Indonesia di Olimpik 2020.
Lee Chong Wei membuat perkongsian itu melalui Instagramnya, pada Sabtu.
BACA: Tokyo 2020: Beregu badminton negara hadiahkan pingat gangsa pertama buat Malaysia
[TERKINI] Pasukan beregu negara bawa pulang pingat gangsa
Melalui perkongsian itu, beliau menyampaikan ucapan tahniah kepada skuad negara dan berkongsi keterujaan menonton perlawanan badminton secara langsung di depan televisyen.
“Tahniah buat Aaron Chia-Soh Wooi Yik, pertama kali layan Olimpik badminton medal watch live depan TV, Basah ketiak!,” kongsinya di Instagram Story.
Menjengah ke laman Twitter, rata-rata rakyat Malaysia terhibur dengan apa yang dikongsi oleh Chong Wei.
Menurut mereka, akhirnya beliau rasa apa yang rakyat Malaysia rasa ketika menyaksikan perlawanannya terutama ketika menentang bintang badminton China, Lin Dan.

bro, we always get heart attack because of youuuuuu and you're complaining for the armpit sweat already https://t.co/YcTQGijfA4

— curvy Dino (@prakathikrish) July 31, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

thats how we feels abt you Datuk! https://t.co/2RwZ0tZRst

— CARAMEL (@anmwhb_) July 31, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

hahahaha nothing to compare with our jantung nak pecah https://t.co/H5MGM9zt9j

— jir (@aziraizzati_) July 31, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Now you know ha https://t.co/XSx3aVuiYH

— mi (@yuanxuanxy) July 31, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Macam tula perasaan kita masa tengok DLCW main last time . Lecak ketiak + hilang suara sebab menjerit. https://t.co/bHI2Ip50Bc

— YNMY (@nabila_yusma) July 31, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Beregu lelaki badminton negara, Aaron-Wooi Yik berjaya meraih pingat gangsa pertama buat kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 selepas menewaskan jaguh Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan di Musashino Forest Sports Plaza sebentar tadi.
Aaron-Soh Wooi menyingkirkan pasangan Indonesia itu dengan kutipan mata 17-21, 21-17 dan 21-14.
Tahniah skuad beregu Badminton Negara!
#Tokyo 2020 #Olimpik Tokyo #olimpik 2020 #badminton #Aaron Chia #Soh Wooi Yik #pingat gangsa #legenda #Lee Chong Wei
;