Tokyo 2020: Azizulhasni raih kilauan perak untuk Malaysia

Astro Awani
Ogos 8, 2021 11:09 MYT
Dalam saingan akhir, Azizulhasni menamatkan perlumbaan di tempat kedua untuk membawa pulang pingat perak. - Foto BERNAMA
KILAUAN pingat yang diharapkan akhirnya menjelma menerusi jaguh trek negara, Datuk Azizulhasni Awang dalam acara keirin lelaki yang berlangsung di Velodrum Izu Tokyo sebentar tadi.
Dalam saingan akhir, Azizulhasni menamatkan perlumbaan di tempat kedua untuk membawa pulang pingat perak.
Tampil sebagai satu-satunya wakil Asia, beliau terpaksa akur di tangan pelumba Great Britain, Jason Kenny, yang meraih emas.
Beliau bagaimanapun berjaya mengatasi juara dunia dari Belanda, Harrie Lavreysen, yang membawa pulang pingat gangsa.
Ia merupakan pingat kedua dan terakhir Malaysia untuk edisi Olimpik kali ini.
BACA: Tokyo 2020: Azizulhasni layak ke final, harapan emas pertama Malaysia
BACA: Tokyo 2020: Azizulhasni layak ke separuh akhir, Shah Firdaus terkandas
Malaysia sebelum ini memenangi gangsa menerusi beregu badminton, Aaron Chia dan Wooi Yik.
BACA: Tokyo 2020: Beregu Aaron Chia-Soh Wooi Yik hadiahkan pingat gangsa buat Malaysia
#Tokyo 2020 #basikal #Azizulhasni Awang #Olimpik Tokyo #olimpik 2020 #keirin #lelaki
;