Tokyo 2020: Azizulhasni layak ke separuh akhir, Shah Firdaus terkandas

Astro Awani
Ogos 8, 2021 09:51 MYT
Pelumba berbasikal trek negara Datuk Azizulhasni Awang (tengah) layak ke separuh akhir acara keirin lelaki. - Foto BERNAMA
JAGUH trek negara, Datuk Muhammad Azizulhasni Awang mara dengan mudah ke separuh akhir dalam acara Keirin yang berlangsung di Velodrum Izu Tokyo, sebentar tadi.
Dalam heat ketiga, Azizulhasni berakhir di kedudukan kedua untuk melayakannya ke pusingan separuh akhir bersama pelumba Jepun, Trinidad & Tobago serta pelumba Australia.
Pelumba yang dikenali sebagai The Pocket Rocketman itu akan turun sekali lagi bersama 11 lagi pelumba untuk menempah tiket ke peringkat akhir, seterusnya membutirkan pingat untuk negara, diharapkan emas pertama.
Lebih awal, Muhammad Shah Firdaus Sharom turut turun bersaing dalam heat kedua walaupun dalam keadaan cedera akibat kemalangan semalam.
Shah Firdaus bagaimanapun mengakhiri perlumbaan di tempat keenam.

Kurang dari 24jam ,Shah Firdaus kembali menggalas tugas membawa cabaran Malaysia di Velodrom Izu. Inilah dinamakan dedikasi dan semangat juang yang tinggi yang kita semua boleh contohi gais.#SokongMalaysia #GanbatteMalaysia pic.twitter.com/kyUTsBMNEt

— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) August 8, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Kira-kira 20 minit sahaja lagi sebelum pusingan separuh akhir. Go Datuk @azizulAWANG!#SokongMalaysia #GanbatteMalaysia pic.twitter.com/JIGGsPbyfF

— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) August 8, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
BACA: Tokyo 2020: Jaguh berbasikal trek negara Azizulhasni layak ke pusingan akhir
Selepas persembahan yang cukup mengagumkan, Shah Firdaus yang jatuh dalam pusingan pertama sebelum bangkit meloloskan diri ke pusingan suku akhir, hasil menamatkan saingan di tempat kedua dalam repechage, sekali lagi meletakkan sasaran untuk meneruskan kemaraan.
Di sebalik kecederaan yang dialami, Shah Firdaus antara yang terpantas dalam saringan kedua melancarkan serangan ke kelompok hadapan bagi memastikan kekal dalam kelompok empat terbaik.
Namun, kayuhan bertenaga yang dipamerkan pesaing lain memaksa dia menamatkan perlumbaan tersebut pada pusingan terakhir, sekali gus menamatkan cabarannya dalam Tokyo 2020.
Hari terakhir temasya Olimpik Tokyo 2020, sandaran pingat negara diletakkan kepada acara basikal untuk menambah koleksi, yang kini cuma gangsa menerusi beregu badminton Aaron Chia dan Wooi Yik.
#basikal #keirin #Tokyo 2020 #Azizulhasni Awang #Muhammad Shah Firdaus Sahrom
;