Tokyo 2020: Atlet BMX berlanggar dengan pegawai kejohanan
Astro Arena
Julai 27, 2021 10:26 MYT
Julai 27, 2021 10:26 MYT
PELUMBA BMX Belanda terlibat dalam kemalangan dengan pegawai Sukan Olimpik Tokyo yang cuba menyeberangi litar.
Niek Kimmann yang melakukan pemanas badan menjelang permulaan pertandingan BMX Khamis ini, melakukan beberapa lompatan sebelum dia tiba-tiba berhenti, setelah bertembung dengan seorang pegawai di tengah trek.
Kimmann dilaporkan mengalami kecederaan ringan di bahagian lutut, dan berharap untuk bersedia menghadapi pertandingan beberapa hari lagi, sementara keadaan pegawai masih tidak diketahui.
"Jadi inilah yang berlaku hari ini," kata Kimmann, sambil berkongsi video kejadian itu.
"Berlanggar dengan pegawai yang ingin melintasi litar. Harap pegawai itu baik-baik saja.
"Lutut saya sakit, tetapi akan melakukan yang terbaik untuk bersedia pada hari Khamis! Terima kasih semua orang atas pesanannya, saya amat menghargainya!"
#Niek Kimmann
#pelumba
#pelumba basikal
#BMX
#Belanda
#Sukan Olimpik Tokyo
#litar
#lompatan
#trek
#cedera
#pemanas badan
#pegawai Olimpik
#pertembungan
#menyeberang litar
#atlet