Tokyo 2020: Aksi cemerlang Zverev pastikan emas buat Jerman

Astro Arena
Ogos 2, 2021 10:29 MYT
Zverev atlet dari Jerman yang pertama memenangi pingat emas dalam Sukan Olimpik. (Foto AP)
ALEXANDER Zverev meneruskan kemenangan yang menakjubkan ke atas Novak Djokovic dengan merangkul pingat emas Sukan Olimpik dalam acara perseorangan lelaki.
Kemenangan 6-3, 6-1 ke atas wakil Majlis Olimpik Russia (ROC), Karen Khachanov, merupakan langkah paling sempurna buat pemain di ranking kelima dunia, Zverev, untuk meraih gelaran terbesar dalam kariernya.
Dia telah menang 10 daripada 11 perlawanan separuh akhir bertemu pemain nombor satu dunia, Djokovic, dan meneruskan rentak cemerlang dalam perlawanan pingat emas semalam.
Ia menjadikan dia sebagai atlet dari Jerman yang pertama memenangi pingat emas dalam Sukan Olimpik.
Steffi Graf memenangi pingat emas pada 1988, dan empat tahun kemudian Boris Becker dan Michael Stich bergandingan untuk meraih emas dalam acara beregu.

Congratulations to @AlexZverev - winner of @TeamD's first ever #gold in men's singles!#StrongerTogether | #Tokyo2020 | #Tennis | @ITFTennis pic.twitter.com/ylvyPUB3AI

— Olympics (@Olympics) August 1, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Alexander Zverev #tenis #Novak Djokovic #Olimpik Tokyo #Sukan Olimpik Tokyo #olimpik 2020 #Tokyo 2020 #Jerman #pingat emas
;