Tokyo 2020: Adam Peaty menang emas 100m kuak lentang

Bernama
Julai 26, 2021 11:16 MYT
Adam Peaty menang pingat emas dengan catatan masa 57.37 saat. - Foto REUTERS/Kai Pfaffenbach
TOKYO: Juara Olimpik Rio, Adam Peaty dari Great Britain mempertahankan gelarannya di kolam renang selepas mendahului dalam acara 100 meter kuak lentang lelaki pada Isnin dengan catatan masa 57.37 saat.
Perak dimenangi Arno Kamminga dari Belanda yang ketinggalan 0.63 saat di belakang juara dunia tiga kali itu, lapor Xinhua.
Sementara Micolo Martinenghi dari Itali meraih gangsa dengan catatan 58.33 saat.
-- BERNAMA
#Tokyo 2020 #Olimpik Tokyo #kuak lentang #lelaki #Adam Peaty
;