Pahang menamatkan penantian selama 21 tahun bagi menjulang Piala Malaysia apabila mengalahkan juara bertahan Kelantan 1-0 pada perlawanan akhir di Stadium Shah Alam di sini, malam ini.
Penyerang import dari Argentina, Matias Ruben Conti muncul wira skuad Tok Gajah selepas menyumbat gol tunggal menerusi tandukan pada minit ke-58 selepas memanfaatkan hantaran daripada Azamuddin Mohd Akil.
Kemenangan itu merupakan kejayaan ketiga Pahang merangkul piala berprestij itu selepas tahun 1983 dan 1992.
Pada pertarungan antara pasukan gergasi Pantai Timur itu musim ini, kedua-dua pasukan menampilkan corak permainan seimbang dengan melancarkan serangan berbahaya namun gagal menyudahkan sebarang percubaan pada separuh masa.
Pemain tengah Kelantan, Indra Putra Mahayuddin gagal menggunakan peluang terhidang pada minit ke-18 apabila sepakan percuma daripada jarak 20 meter hanya sedikit melepasi pintu gol Pahang yang dijaga rapi oleh Khairul Azhan Khalid.
Pemain skuad Tok Gajah, R.Surendren hampir meletakkan pasukan berkenaan di hadapan pada minit ke-27 namun sepakan beliau terkena tiang gol Kelantan.
Selepas Conti membuka tirai jaringan, Kelantan di bawah bimbingan jurulatih Bojan Hodak terdesak dancuba mencari gol penyamaan dengan rembatan kencang oleh Dickson Nwakaeme tidak berhasil apabila ditepis keluar oleh penjaga gawang Pahang.
Kelantan gagal memanfaatkan peluang apabila sepakan percuma yang dilakukan oleh kapten pasukanya Mohd Badhri Mohd Radzi pada minit ke-76 tersasar dari gawang gol.
Khairul Azhan sekali lagi bertindak cemerlang untuk pasukan 'Tok Gajah' apabila menafikan cubaan bahaya yang dilakukan oleh Nwakaeme pada minit ke-84.
Penyerang pasukan Pahang, Azamuddin Mohd Akil dinobatkan sebagai pemain terbaik final Piala Malaysia 2013.
Walaupun cuaca hujan sepanjang petang ini, lebih 85,000 penyokong dari kedua-dua pasukan dengan lautan kuning dan merah mula memenuhi stadium sejak dari pukul 7 jam tadi.
Bernama
Mon Nov 04 2013
![Tok Gajah Tamat kemaru 21 tahun, muncul juara Piala Malaysia 2013 Tok Gajah Tamat kemaru 21 tahun, muncul juara Piala Malaysia 2013](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-11/51383495319_295x200.jpg)
![Adik kepada Zayn Rayyan masih dalam jagaan sementara JKM Adik kepada Zayn Rayyan masih dalam jagaan sementara JKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718249777_KesZaynRayyan.jpg)
Adik kepada Zayn Rayyan masih dalam jagaan sementara JKM
Adik kepada kanak-kanak autistik Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin masih dalam jagaan sementara Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor.
![Sukma 2024: Bukan hanya sukan, tonjolkan semangat, budaya tempatan - Timbalan Menteri Sarawak Sukma 2024: Bukan hanya sukan, tonjolkan semangat, budaya tempatan - Timbalan Menteri Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721222558_abdullahsaidol.jpg)
Sukma 2024: Bukan hanya sukan, tonjolkan semangat, budaya tempatan - Timbalan Menteri Sarawak
Temasya itu juga dapat menjadi medan untuk mengenali masyarakat dan tempat-tempat menarik di Sarawak.
![Dewan Rakyat lulus RUU Kastam (Pindaan) 2024 Dewan Rakyat lulus RUU Kastam (Pindaan) 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721220717_LimHuiYing.jpg)
Dewan Rakyat lulus RUU Kastam (Pindaan) 2024
Rang Undang-Undang itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas bacaan kali ketiga dikemukakan Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.
![Ahli Parlimen wajib jalani pemeriksaan kesihatan sebelum 11 Nov Ahli Parlimen wajib jalani pemeriksaan kesihatan sebelum 11 Nov](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61715585827_TBJohariAbdul.jpg)
Ahli Parlimen wajib jalani pemeriksaan kesihatan sebelum 11 Nov
Semua Ahli Parlimen diwajibkan menjalani pemeriksaan kesihatan selewat-lewatnya 11 Nov ini, kata Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul.
![Emas capai tahap harga tertinggi baharu, cecah AS$2,487.25 seauns Emas capai tahap harga tertinggi baharu, cecah AS$2,487.25 seauns](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/81692615151_gold.jpg)
Emas capai tahap harga tertinggi baharu, cecah AS$2,487.25 seauns
Harga emas mencapai tahap tertinggi baharu sebanyak US$2,487.25 seauns pada Rabu, menurut data dagangan.
Polis rakam 26 saksi bantu siasatan
Polis sudah merakam percakapan 26 saksi bagi membantu siasatan kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah dan ia sudah mencukupi.
Empat lagi suspek disiasat berhubung komen jelik, provokatif
Seramai empat lagi suspek telah disiasat berhubung komen jelik dan provokatif menerusi siaran ulangan sesi Parlimen, yang dimuat naik di platform TikTok dan Facebook pada 9 Julai 2024.
MCMC berkata, ini menjadikan jumlah keseluruhan individu yang telah disiasat seramai enam orang. Tindakan ini adalah untuk membendung gejala buli siber yang berleluasa dalam kalangan masyarakat.
MCMC berkata, ini menjadikan jumlah keseluruhan individu yang telah disiasat seramai enam orang. Tindakan ini adalah untuk membendung gejala buli siber yang berleluasa dalam kalangan masyarakat.
Petrol, diesel kekal sehingga 24 Julai
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 serta diesel kekal masing-masing pada paras RM3.47, RM2.05 DAN RM3.35 seliter sehingga 24 Julai.
Agong berkenan berangkat ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-266
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-266 di Istana Negara.
Kerajaan tetap teruskan 'river of life'
Kerajaan tetap meneruskan Projek Sungai Nadi Kehidupan atau 'River Of Life' yang kini hanya berbaki 19 peratus untuk disiapkan.
![Thiago Alcantara sertai Liverpool, perpindahan cecah 25 juta pound Thiago Alcantara sertai Liverpool, perpindahan cecah 25 juta pound](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-02/81487202359_ThiagoAlcantara.jpg)
Thiago Alcantara sertai Liverpool, perpindahan cecah 25 juta pound
Perpindahan Thiago dengan kontrak empat tahun bersama Liverpool bernilai 20 juta pound (RM106.7 juta) dengan tambahan 5 juta pound (RM26.7 juta).
![Harimau Malaya tewas? Ini reaksi spontan Tun Mahathir Harimau Malaya tewas? Ini reaksi spontan Tun Mahathir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-12/61544884993_AFFSuzuki.jpg)
Harimau Malaya tewas? Ini reaksi spontan Tun Mahathir
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berharap Harimau Malaya tidak kecewa dan terus usaha.
![Kawasan Stadium Shah Alam digenangi air selepas hujan hampir sejam Kawasan Stadium Shah Alam digenangi air selepas hujan hampir sejam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-10/41540631919_TBBANJIRxjp.jpg)
Kawasan Stadium Shah Alam digenangi air selepas hujan hampir sejam
Hujan yang berterusan hampir sejam itu menyaksikan sebahagian kawasan parkir kereta di stadium tersebut digenangi air.