TMJ sedia lawan pasukan bola sepak Syed Saddiq

Kohilah Sekaran
Mei 30, 2019 12:29 MYT
Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyatakan kesediaan untuk bertemu pasukan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam perlawanan bola sepak di Larkin.
Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyatakan kesediaan untuk bertemu pasukan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam perlawanan bola sepak di Larkin.
Cabaran itu diterima selepas seorang netizen akaun @vijhayvick membangkitkan persoalan pertembungan pasukan TMJ dengan pasukan Syed Saddiq, semalam.
Membalas kenyataan Twitter itu, TMJ menyatakan kesediaan baginda untuk perlawanan tersebut.
"Cabaran diterima, Larkin (Stadium Tan Sri Hassan Yunos) akan dibuka untuk menentang pasukan ‘Picasso’. Pertembungan ini mesti berlangsung.
“Saya rasa, perlawanan ini perlu diadakan segera atau kita tunggu pasukan Man City (Manchester City) beli sebuah kelab Malaysia dahulu?” tweetnya.

Challenge accepted. Larkin will be opened to team Picasso. Then a one on one skills challenge as gladiators is a must. I think this can be done very soon or do we have to wait for Man City to buy a Malaysian club first? https://t.co/kpUNeRnByu

— HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) May 29, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Susulan itu, rata-rata netizen melahirkan sokongan terhadap sahutan itu sehingga ada yang tidak sabar untuk menonton perlawanan tersebut.

Bole buat live. Nak tengok, konfem best. Buat charity match boss,bole dtg std tgk. Wowww

— KhalishIsMe (@IsKhalish) May 29, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Woohoo! Tak sabar nak tengok match ni. Mesti menarik gila. Saya akan jadi orang pertama terpacak di stadium tu nanti

— zerotohero (@zerotoh77010027) May 29, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#bola sepak #menteri #Syed Saddiq #TMJ #Tunku Ismail #Tunku Ismail Sultan Ibrahim #Twitter
;