TMJ sahkan bakal tandatangani pemain bertaraf bintang
Astro Arena
Oktober 25, 2023 09:00 MYT
Oktober 25, 2023 09:00 MYT
Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengesahkan, pemain bertaraf bintang bakal memperkuatkan skuad JDT menjelang musim 2024.
PEMILIK Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengesahkan, pemain bertaraf bintang bakal memperkuatkan skuad JDT menjelang musim 2024.
Umum mengetahui penanda aras bagi pasukan yang menjuarai Liga Super 10 kali berturut-turut ini sentiasa mahu memastikan keputusan yang positif dijelmakan setiap musim.
Lantas, pemilik kelab, Tunku Ismail, mengesahkan bakal menandatangani pemain bertaraf bintang kelahiran dari benua Amerika Selatan.
Bijak mencari ruang serta memiliki kualiti rembatan yang cukup berbisa bakal menggamit saingan Liga Malaysia musim hadapan. - Stadium Astro