TMJ pelawa Figo ke JB soal pembangunan bola sepak negara

Astro Arena
April 23, 2024 09:15 MYT
Tunku Ismail (kiri) meluangkan masa bertemu dengan legenda bola sepak dunia, Luis Figo di Sepanyol. - Gambar Facebook Johor Southern Tigers
PEMILIK kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim meluangkan masa bertemu dengan legenda bola sepak dunia, Luis Figo di Sepanyol.
JDT dalam satu kenyataan di laman sosial mereka berkata, perjumpaan itu bagi membincangkan beberapa perkara mengenai pembangunan bola sepak dengan Figo yang kini merupakan penasihat bola sepak dan duta Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA).
"DYAM Pemangku Sultan Johor dan Figo turut membincangkan beberapa perkara berkaitan perkembangan dan pembangunan bola sepak.
"Baginda juga menjemput Figo ke Johor Bahru untuk berbincang dengan lebih lanjut bagaimana ia boleh memberi manfaat kepada bola sepak di Johor dan Malaysia," kata kenyataan itu.
Ketika ini, JDT sedang mengharungi siri jejalah pramusim di Sepanyol dan menentang beberapa pasukan di negara itu. - Stadium Astro
#Tunku Ismail Sultan Ibrahim #Luis Figo #JDT #legenda bola sepak dunia
;