TMJ letak jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Johor
Hakim Rahman
Julai 12, 2015 18:48 MYT
Julai 12, 2015 18:48 MYT
Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim meletak jawatan sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor.
Perkara itu diumumkan Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Negeri Johor, Fahmy Yahya melalui Facebook Johor Southern Tigers kira-kira pukul 6 petang pada Ahad.
Serentak itu, Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Ismail Karim dilantik sebagai pengganti.
Tambah kenyataan itu lagi, segala perancangan jangka masa panjang dalam sukan bola sepak negeri johor termasuk dari segi infrastruktur dan segala yang berkaitan akan tetap dilaksanakan.
"Walaubagaimanapun segala perancangan, pengurusan kewangan, pentadbiran, pembentukan akademi dan stadium baru serta polisi persatuan akan diteruskan," kata kenyataan itu lagi.
Pengumuman yang dimuat naik di laman Facebook Johor Southern Tigers pada petang Ahad
Sementara itu pengumuman peletakan jawatan TMJ itu mendapat reaksi pelbagai pengguna media sosial.