TMJ jadi pemilik Johor Darul Takzim
Astro Arena
Januari 10, 2016 15:53 MYT
Januari 10, 2016 15:53 MYT
Penaung Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim telah diumumkan sebagai pemilik pasukan Johor Darul Takzim (JDT).
Menurut pengumuman yang dibuat dilaman Facebook Johor Southern Tigers, Tengku Mahkota Johor (TMJ) akan kekal meneruskan peranannya sebagai Penaung PBNJ demi pembangunan bola sepak Johor.
Walau bagaimanapun, JDT akan bergerak sebagai kelab sepenuhnya diikuti JDT II, JDT III dan JDT IV.
Difahamkan, PBNJ akan bertanggungjawab sebagai pengelola untuk segala pertandingan bola sepak di peringkat negeri dan kebangsaan.