TMJ beri bayangan tawar peranan lebih besar daripada pengurus Harimau Malaya

Sinar Harian
Februari 21, 2023 17:29 MYT
Tunku Ismail membayangkan untuk menawarkan peranan yang lebih besar berbanding bergelar pengurus skuad kebangsaan.- Stadium Astro/Johor Southern Tigers
TUNKU Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim membayangkan untuk menawarkan peranan yang lebih besar berbanding bergelar pengurus skuad kebangsaan.
Pemilik Kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) itu memaklumkan perkara berkenaan menerusi hantaran di Instagram story miliknya pada Selasa.
"Bukan seorang pengurus... Lebih daripada seorang pengurus," tulis Tunku Ismail yang juga bekas Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
TMJ turut memuat naik fotonya bersama Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin.
Sinar Harian pada 15 Februari melaporkan Tunku Ismail tidak berminat memegang sebarang jawatan dalam pasukan negara termasuk sebagai pengurus skuad Harimau Malaya.
Hamidin berkata, Tunku Ismail menzahirkan hasrat baginda untuk terus membantu meningkatkan mutu pasukan negara.
TMJ sebelum ini meluahkan hasrat untuk membantu Harimau Malaya termasuk dalam menyumbang peralatan latihan sebagai persiapan skuad negara menghadapi Piala Asia 2023 awal tahun depan. -- Sinar Harian
#TMJ #Tunku Ismail #harimau Malaya #Hamidin Mohd Amin
;