TM janji insentif kepada skuad Harimau Muda A

Astro Awani
Februari 15, 2013 20:12 MYT
Skuad bola sepak Harimau Muda A mendapat berita baik apabila Telekom Malaysia Bhd (TM) menjanjikan insentif jika skuad pelapis kebangsaan itu berjaya mempertahangkan pingat emas Sukan SEA di Myanmar hujung tahun ini.
Perkara itu disahkan pegawai pemasaran TM Datuk Rozalila Abdul Rahman selepas memeterai perjanjian bersama dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Menurutnya habuan tersebut sebagai suntikan semangat buat para pemain untuk berjuang mengharumkan nama negara.
Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan jumlah insentif tersebut. September tahun lepas, TM menyerahkan sumbangan kepada FAM atas kejayaan skuad bimbingan Ong Kim Swee mempertahankan pingat emas Sukan SEA di Jakarta pada 2011.
Harimau Muda A kini dalam misi meraih emas hatrik pada temasya yang akan berlangsung di Myanmar Disember ini.
#bola sepak #Harimau Muda A #Persatuan Bola Sepak Malaysia #Telekom Malaysia
;