Tiket untuk menyaksikan perlawanan persahabatan antara Pilihan Malaysia XI menentang kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea FC akan mula dijual di semua kedai Adidas di seluruh negara mulai Khamis hingga Ahad ini.
Perlawanan tersebut, yang menjadi sebahagian daripada pra musim Jelajah Asia 2013/2014 pasukan The Blues itu, akan diadakan pada pukul 9.45 malam di Stadium Shah Alam pada 21 Julai ini.
Tiket-tiket tersebut akan dijual pada harga RM58, RM88, RM108, RM308 manakala tiket VIP pula pada harga RM408 dengan jumlah yang terhad.
Ketua Pegawai Eksekutif ProEvents International, Julian Kam berkata mulai Isnin ini, tiket boleh didapati menerusi cawangan Ticketpro di seluruh negara atau talian hotline 03-7880-7999 dan secara online menerusi laman web www.ticketpro.com.my.
ProEvents International adalah penganjur eksklusif bagi Jelajah Asia Chelsea FC 2013.
"Kami yakin jualan tiket akan menerima sambutan menggalakkan selepas kunjungan pertama kelab itu ke negara ini pada 2008 menyaksikan 85,000 tiket dijual untuk perlawanan persahabatan di venue sama," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Lawatan kelab juara Liga Eropah terbaru itu adalah kali ketiga sejak 2008 apabila mereka mengalahkan Pilihan Malaysia 2-0 sebelum menang tipis 1-0 ke atas pasukan yang sama pada 2011.
Media Britain baru-baru ini melaporkan bahawa Jose Mourinho, pengurus kelab Real Madrid dari Sepanyol telah disebut-sebut untuk kembali ke Chelsea FC sebagai pengurus baharu bagi menggantikan Rafael Benitez yang mengikat kontrak dua tahun bersama kelab Itali, Napoli.
Sebelum ke sini, Chelsea FC akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan Thailand, Singha All-Star di Bangkok pada 17 Julai sebelum mengakhiri jelajah mereka dengan menentang BNI Indonesia All-Stars dfi Jakarta, pada 25 Julai.
Bernama
Wed May 29 2013
![Tiket perlawanan Pilihan Malaysia XI-Chelsea FC akan mula dijual hari ini Tiket perlawanan Pilihan Malaysia XI-Chelsea FC akan mula dijual hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-05/81369839760_295x200.jpg)
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![EPL: Maresca ganti Pochettino di Chelsea EPL: Maresca ganti Pochettino di Chelsea](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717474011_EnzoMaresca.jpg)
EPL: Maresca ganti Pochettino di Chelsea
Bekas pengendali Leicester City itu memeterai kontrak lima tahun dengan pilihan untuk melanjutkan tempoh itu setahun lagi.
![Real Madrid yang menang, Chelsea yang dapat duit! Real Madrid yang menang, Chelsea yang dapat duit!](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41717398734_RealMadrid.jpg)
Real Madrid yang menang, Chelsea yang dapat duit!
Real dianggarkan perlu menyelesaikan bayaran hasil kemenangan tersebut dengan jumlah 13 hingga 15 juta pound kepada Chelsea.
![Tiga faktor sumbang pemecatan Pochettino Tiga faktor sumbang pemecatan Pochettino](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81716424837_MauricioPochettino.jpg)
Tiga faktor sumbang pemecatan Pochettino
Pochettino menamatkan musim ini dengan lima kemenangan berturut-turut, membawa Chelsea ke tempat keenam dalam EPL.
![Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716161649_RaheemSterling.jpg)
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
![EPL: Mauricio Pochettino pimpin Chelsea benam Spurs EPL: Mauricio Pochettino pimpin Chelsea benam Spurs](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51714701314_PremierLeaguejpg.jpg)
EPL: Mauricio Pochettino pimpin Chelsea benam Spurs
Satu gol pada setiap separuh masa daripada Trevoh Chalobah dan Nicolas Jackson memberikan The Blues kemenangan yang tidak ternilai.
![EPL: Kai Havertz pastikan Arsenal menang bergaya tewaskan Chelsea EPL: Kai Havertz pastikan Arsenal menang bergaya tewaskan Chelsea](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71713921500_EnglishPremierLeag.jpg)
EPL: Kai Havertz pastikan Arsenal menang bergaya tewaskan Chelsea
Kemenangan itu meletakkan Arsenal tiga mata di hadapan Liverpool yang kini berada di tangga kedua dengan bermain lebih satu perlawanan.
![Piala FA Inggeris: Status Erling Haaland masih tanda tanya Piala FA Inggeris: Status Erling Haaland masih tanda tanya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61713572772_TBSOCCERMANCITY.jpg)
Piala FA Inggeris: Status Erling Haaland masih tanda tanya
Pep Guardiola mendedahkan bahawa pemain berusia 23 tahun itu meminta untuk dikeluarkan tanpa memberi alasan yang kukuh.
![Pertelingkahan Jackson-Madueke bayangi empat gol Palmer buat Chelsea Pertelingkahan Jackson-Madueke bayangi empat gol Palmer buat Chelsea](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61713234167_TBPremierLeague.jpg)
Pertelingkahan Jackson-Madueke bayangi empat gol Palmer buat Chelsea
Dua pemain Chelsea terlibat dalam pertengkaran fizikal mengenai siapa yang harus bertanggungjawab mengambil sepakan penalti.
![Pemain Chelsea masih belum cukup matang - Mauricio Pochettino Pemain Chelsea masih belum cukup matang - Mauricio Pochettino](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41712543814_mauriciopochettino.jpg)
Pemain Chelsea masih belum cukup matang - Mauricio Pochettino
"Menonton bola sepak pada usia 52 tahun, anda perlu mengenal pasti dengan cepat sekiranya pasukan itu bersedia untuk bersaing ataupun sebaliknya."
![Cole Palmer buat peminat Man United bersahur dengan air mata Cole Palmer buat peminat Man United bersahur dengan air mata](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81712274152_TBColePalmer.jpg)
Cole Palmer buat peminat Man United bersahur dengan air mata
United mendahului 3-2 dan kelihatan bakal bawa pulang tiga mata namun Noni Madueke dijatuhkan Diogo Dalot pada minit ketujuh masa tambahan.