Tiger Woods dibenarkan pulang, teruskan proses pemulihan

Astro Awani
Mac 17, 2021 09:57 MYT
Kemalangan di California menyaksian pemenang Jelajah PGA 82 kali itu mengalami kecederaan serius dan tanda soal mengenai kariernya mula timbul. - File photo
PEMAIN golf terkemuka Tiger Woods telah dibenarkan pulang ke rumah berikutan pembedahan yang dilakukan pada kaki kanan dan pergelangan kaki susulan kemalangan kereta yang hampir membawa maut bulan lepas.
"Saya sudah berada di rumah dan akan meneruskan proses pemulihan dan menjadi lebih kuat setiap hari," katanya dalam ciapan di akaun Twitter miliknya pada Selasa.
Kemalangan di California menyaksian pemenang Jelajah PGA 82 kali itu mengalami kecederaan serius dan tanda soal mengenai kariernya mula timbul.
Bintang Amerika Syarikat berusia 45 itu, yang menerima rawatan di Pusat Perubatan Harbor-UCLA serta Pusat Perubatan Cedars-Sinai, mengucapkan terima kasih kepada petugas kesihatan serta peminatnya yang tidak putus melakukan dan mendoakan yang terbaik untuknya.
"Saya sangat bersyukur dengan sokongan dan dorongan yang diberikan sepanjang saya terima rawatan," katanya.

pic.twitter.com/JU6D0MKpsK

— Tiger Woods (@TigerWoods) March 16, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sepanjang karier, Woods mengalami beberapa kecederaan di bahagian belakang dan lutut dan digelar sebagai pemain golf terbaik generasinya.
Jabatan Polis Los Angeles memaklumkan, siasatan ke atas kemalangan masih dijalankan namun siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah.
#Tiger Woods #kemalangan #rumah #Hospital #pemulihan
;