Tiga wakil ISTAF hadir Forum IF 2023
Bernama
November 15, 2023 13:01 MYT
November 15, 2023 13:01 MYT
KUALA LUMPUR: Tiga wakil Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa (ISTAF) dijemput menghadiri Forum Persekutuan Antarabangsa (IF) 2023 di Lausanne, Switzerland.
Menurut kenyataan, ISTAF diwakili Pemangku Presidennya Boonchai Lorhpipat, Timbalan Presiden Muhammad Fariq Abdul Halim dan Setiausaha Agung Datuk Abdul Halim Kader pada forum tiga hari itu yang bermula Isnin.
Antara tumpuan sempena Forum IF itu ialah ucapan alu-aluan Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) Thomas Bach menegaskan perlunya perpaduan dalam dunia sukan yang berlatarbelakangkan ketegangan geopolitik yang semakin meningkat.
Bach juga menyentuh mengenai dunia digital iaitu perkembangan pesat dalam kecerdasan buatan dan e-sukan telah memberikan Pergerakan Olimpik dengan kedua-dua peluang dan cabaran.
Dengan tema "Sukan (R)evolusi", forum itu menghimpunkan 300 pemimpin dari lebih 125 persekutuan sukan antarabangsa (IF) dan ahli, direka untuk merangkumi isu-isu yang mengubah persekitaran iaitu IF bekerja dengan input daripadar pakar industri dan pembuat keputusan berpengaruh dalam pergerakan sukan global mengenai strategi, teknologi dan trend terkini.
-- BERNAMA
#Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa
#ISTAF
#Forum Persekutuan Antarabangsa
#Boonchai Lorhpipat
#Switzerland
#Muhammad Fariq Abdul Halim
#Abdul Halim Kader