KUALA LUMPUR: Persatuan Golf Malaysia (MGA) terpaksa melupakan khidmat tiga pemain terbaik mereka - pemenang pingat perak Natasha Andrea Oon dan Ashley Lau Jen Wen, serta Khavish Varman Varadan pada Sukan SEA Hanoi dijadual pada 12 hingga 23 Mei depan.
Presiden MGA Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor berkata ketiga-tiga pemain golf yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) itu tidak dapat bersama skuad negara berikutan penglibatan mereka dalam kejohanan di bawah Persatuan Atletik Kolej Nasional (NCAA).
Gandingan Natasha dan Ashley Lau yang muncul naib juara acara berpasukan wanita di Sukan SEA Filipina 2019, adalah dua pemain golf wanita negara yang berada di ranking tinggi di Asia Tenggara berdasarkan Ranking Golf Amatur Dunia (WAGR).
Natasha menduduki ranking ke-20 berdasarkan kedudukan terkini dikeluarkan pada 2 Mac, diikuti Ashley Lau di tangga ke-45, manakala Khavish Varman ke-143 dan keempat di Asia Tenggara.
"Bagaimanapun, kita akan membariskan pemain yang hebat, kebanyakannya berpangkalan di AS dan mendapat pendedahan dan persediaan lebih baik di sana memandangkan aksi golf tempatan dijadual bermula Mac, terkesan berikutan pandemik COVID-19.
"Ervin Chang, yang menamatkan saingan di tempat keempat acara lelaki individu di Sukan SEA Filipina, antara harapan pingat utama kita. Malangnya, pemenang pingat perak kita yang menewaskan pemain pilihan dari Thailand, turut tidak dapat beraksi, namun kita boleh menaruh harapan pada pemain lain yang juga berpangkalan di AS," katanya.
Mohd Anwar berkata skuad lelaki negara akan diwakili Nateeshvar Anatha Ganesh (605), Marcus Lim Pang Chuen (863), Yeo Boon Xiang Anson (1,709) dan Lim Beng Keat (1,758) manakala pasukan wanita pula bakal disertai Jeneath Wong (70), Zulaikah Nurziana Nasser (594) dan Geraldine Xiao Xuan Wong (792).
"Pemain negara juga sudah biasa dengan venue pertandingan (Heron Lake Golf Course and Resort), ketika Piala Putra," katanya.
Beliau berkata setakat ini, Jawatankuasa Pemilihan Sukan SEA meluluskan penyertaan pasukan wanita dalam Kategori A (kos dibiayai sepenuhnya), berikutan pencapaian pingat perak pada 2019, tapi MGA mahu membuat permohonan sama untuk pasukan golf lelaki negara.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 04 2022
![Tiga pemain golf terbaik negara terlepas aksi Sukan SEA Hanoi Tiga pemain golf terbaik negara terlepas aksi Sukan SEA Hanoi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81646430241_TanSriAnwarMohdN.jpg)
Mohd Anwar berkata pihaknya akan membariskan pemain yang hebat, kebanyakannya berpangkalan di AS dan mendapat pendedahan dan persediaan lebih baik di sana. - Foto BERNAMA
![Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739742893_PrincessAmina.jpg)
Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama
Pasangan itu menamakan bayi perempuan mereka, Aminat.
![Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739742765_giantpandatwincub.jpg)
Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung
Pelawat berlari ke tempat pameran yang menempatkan panda gergasi sebaik sahaja taman hiburan dibuka.
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
![Tiger Woods akui dirinya 'tidak kompetitif' sekembalinya beraksi Tiger Woods akui dirinya 'tidak kompetitif' sekembalinya beraksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51734786327_tigerwoods.jpg)
Tiger Woods akui dirinya 'tidak kompetitif' sekembalinya beraksi
Woods akan bergandingan dengan anaknya, Charlie, di Kejohanan PNC di Orlando hujung minggu ini.
![JIPS guna dron pantau warga PDRM main golf ketika bertugas JIPS guna dron pantau warga PDRM main golf ketika bertugas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51732269577_KetuaPolisNegara.jpg)
JIPS guna dron pantau warga PDRM main golf ketika bertugas
Pemantauan dan penyiasatan membabitkan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibuat menggunakan dron oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standards (JIPS) Bukit Aman.
![Golf: Muhammad Afham tempah slot ke Piala Dunia Remaja 2025 di Florida Golf: Muhammad Afham tempah slot ke Piala Dunia Remaja 2025 di Florida](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51731460426_tbAfhamOthmanCMG.jpg)
Golf: Muhammad Afham tempah slot ke Piala Dunia Remaja 2025 di Florida
Atlet berusia 13 tahun itu menduduki tempat kedua pada Kejohanan Golf Remaja Thailand yang berlangsung pada Jumaat hingga Ahad lepas.
![Trump selamat cubaan bunuh di Florida Trump selamat cubaan bunuh di Florida](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41726458998_DonaldTrump.jpg)
Trump selamat cubaan bunuh di Florida
Pegawai penguat kuasa undang-undang menyatakan, penembak bersembunyi di kawasan semak berhampiran sempadan padang golf.
![SUKMA 2024: Wakil Sarawak Anson, Mirabel juara kejohanan golf SUKMA 2024: Wakil Sarawak Anson, Mirabel juara kejohanan golf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723989498_SUKMA.jpg)
SUKMA 2024: Wakil Sarawak Anson, Mirabel juara kejohanan golf
Anson Yeo Boon Xiang dan Mirabel Ting masing-masing dinobatkan juara bagi kategori lelaki dan wanita pada kejohanan golf SUKMA 2024.
![Penampilan terbaik Gavin di Olimpik Paris 2024 Penampilan terbaik Gavin di Olimpik Paris 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718705909_GavinGreen.jpg)
Penampilan terbaik Gavin di Olimpik Paris 2024
Pemain berusia 30 tahun itu berkongsi kedudukan dengan Fabrizio Zanotti dari Paraguay.
![MGA umum Pasukan Elit Program Pembangunan Remaja 2024/2025 MGA umum Pasukan Elit Program Pembangunan Remaja 2024/2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71711152392_TBFAUZIMESRAN.jpg)
MGA umum Pasukan Elit Program Pembangunan Remaja 2024/2025
Senarai tahun ini menampilkan 25 pemain berbakat besar berumur 13 hingga 18 tahun yang telah menunjukkan kemahiran luar biasa.
![Jing Xuen ketuai cabaran negara di Piala QSC 2024 Jing Xuen ketuai cabaran negara di Piala QSC 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/51685141199_NgJingXuen.jpg)
Jing Xuen ketuai cabaran negara di Piala QSC 2024
Ng Jing Xuen mengetuai cabaran negara di Piala Queen Sirikit (QSC) 2024, bersama dua pemain lain di Christchurch, New Zealand Mac depan.
![Tiger Woods gemparkan dunia golf Tiger Woods gemparkan dunia golf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81708145794_TigerWoods.jpg)
Tiger Woods gemparkan dunia golf
Tiger Woods menarik diri selepas dia melakukan teed off di lubang ketujuh dengan penonton menyaksikan dia diiringi dari padang dengan kereta golf.
![Pahang tubuh Akademi Golf Pahang Barat Pahang tubuh Akademi Golf Pahang Barat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708050194_TBAkademiGolfPah.jpg)
Pahang tubuh Akademi Golf Pahang Barat
Akademi itu yang dikelolakan MSP akan 'bertapak' di Padang Golf Raub, yang sedang dibaik pulih sebelum dibuka kepada umum tidak lama lagi.