Tidak mungkin Gareth Bale kembali sertai Spurs, kata Pochettino

Astro Arena
Julai 30, 2018 08:13 MYT
Bale mendedahkan dia tidak gembira di Real Madrid pada penghujung musim lalu.
MAURICIO POCHETTINO menganggap kepulangan Gareth Bale ke Tottenham adalah sesuatu yang tidak realistik.
Bale mendedahkan dia tidak gembira di Real Madrid pada penghujung musim lalu kerana kurang tampil beraksi dalam kesebelasan utama, mencadangkan dia mungkin akan meninggalkan kelab selepas menjaringkan dua kali untuk menewaskan Liverpool dalam aksi final Liga Juara-Juara (UCL).
Pemain berusia 29 tahun itu kini telah dikaitkan untuk kembali ke Spurs, walaupun kelab dijangka tidak mampu untuk membayar gaji bintang skuad kebangsaan Wales itu.
Penghijrahan Cristiano Ronaldo ke Juventus akan dilihat sebagai peluang Bale untuk beraksi di bawah kendalian jurulatih Julen Lopetegui.
Pochettino menepis cadangan untuk membawa pulang bekas penyerang mereka itu sebelum musim 2018-19 bermula tetapi berharap untuk mendapatkan pemain baru sebelum 9 Ogos.
"Tidak mungkin," kata Pochettino.
"Saya berasakan kami akan mencuba melihat kepada pilihan lain.
"Tumpuan saya adalah cuba membantu pasukan berkembang serta berada pada tahap terbaik musim ini.
Tottenham masih belum lagi menandatangani mana-mana pemain dan kecederaan yang menghimpit Moussa Sissoko, Erik Lamela dan Victor Wanyama bakal menyaksikan penambahan kepada skuad.
"Kami perlu menilai persembahannya dalam beberapa hari ini. Kami berharap kecederaan yang dialami oleh Sissoko tidak begitu serius. Lamela pula menghadapi kecederaan otot sementara Wanyama telah pulang ke London untuk menjalani proses pemulihan kecederaan lutut."
#bola sepak #Gareth Bale #Mauricio Pochettino #Real Madrid #Tottenham #UCL
;