Tiada tawaran ke atas Belotti

Astro Arena
Julai 11, 2017 10:51 MYT
Belotti (gambar) yang telah sembilan kali mewakili Itali mempunyai kontrak sehingga 2021. - Gambar fail
PRESIDEN Torino, Urbano Cairo, menegaskan tidak menerima sebarang tawaran ke atas Andrea Belotti, dengan klausa pelepasan penyerang itu bernilai EUR100 juta.
Belotti, 23, dilaporkan menjadi sasaran Chelsea selepas menyumbat 26 gol dalam saingan Serie A, musim lepas.
Bagaimanapun, pemain yang telah sembilan kali mewakili Itali itu mempunyai kontrak sehingga 2021 dan Cairo berkata kelab luar negara perlu membayar pampasan sebanyak EUR100j.
Tiada pasukan yang sanggup memenuhi permintaan itu, menurut presiden kelab itu.
"Ingat, saya yang memilih klausa pelepasan EUR100j ke atas kelab luar negara, ia angka yang sangat tinggi dan pada ketika ini, tiada siapa yang berani mendapatkannya," kata Cairo.
"Saya senang dia bersama kami dan berharap dia kekal."
Cairo percaya peluang adalah tipis untuk Torino melepaskan Belotti ke pesaing Serie A yang lain dengan berkata: "Saya tidak rasa ia akan menjadi kenyataan sekalipun keinginan pemain akan memainkan peranan penting."
#Andrea Belotti #Chelsea #tawaran #Torino #Urbano Cairo
;